syukur ke hadrat ILAHI dengan limpah kurnianya, kami berjaya mengadakan sambutan aidilfitri kelab kali KEDUA di universiti. Ia nya diadakan sebagai satu penghargaan kepada individu yang banyak memberi sumbangan kepada kelab dan sebagai batu loncatan unutuk merapatkan silaturrahim antara kumpulan satu, dua dan tiga. Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang pemain Kelab Gamelan Citra Nusantara dari kumpulan satu, dua dan tiga manakala lebih 10 orang tetamu yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang sering memberi sumbangan kepada kelab dan staf HEPA, mantan pengerusi kelab, Left. Muda Najib Yasin serta Timb. Naib Canselor& Alumni HEPA Prof Wan Mahzum dan pensyarah tamu HEPA Bapak Dwiono Hermantoro.Majlis telah diadakan pada hari jumaat ( 16 september 2011 ) bersamaan dengan hari Malaysia, di Dewan Pendekar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Majlis telah diceriakan dengan acara memotong kek sempena "Setahun Berjuang" yang dianugerahkan khas kepada pemain-pemain kelab kumpulan satu yang telah memperjuangkan kelab ini dan seni muzik gamelan selama lebih setahun sehingga dikenali dan disegani diperingkat universiti mahupun negara .
Bermula 5 september 2011, kami telah memulakan latihan berterusan secara maksimum sebagai persediaan sempena majlis Konvokesyen ke-2 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Latihan ini telah disertai oleh pemain kelab dari kumpulan satu dan dua yang bakal membuat persembahan khas sempena majlis tersebut yang dihadiri oleh Yang Dipertua Agong yang merupakan canselor UPNM serta anggota senat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. sisamping itu, kami juga dalam perangkaan persediaan untuk menyertai pertandingan di Terengganu dapa penghujung Ontober nanti. Semoga Tuhan sentisa memberkati perjalanan dan perancangan kami.InsyaAllah.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment