Friday, July 22, 2011

KEMBARA CITRA NUSANTARA : KELAS GAMELAN JAWA

Alhamdulillah. Semasa berada di Solo, kami telah berkesempatan menghadiri kelas gamelan Jawa di ISI ( INSTITUT SENI INDONESIA ). Dalam kelas ini kami berkesempatan untuk mempelajari beberapa notasi lagu dan muzik Jawa dalam Gamelan.

 Selain menggunakan pelog, kami juga diperkenalkan dengan penggunaan slendro dalam gamelan Jawa. Kami telah di ajar oleh dua orang tenaga pengajar di ISI iaitu BAPAK JOKO dan BAPAK WALUYO. Layanan yang baik telah diberikan oleh mereka. 

Pada awal ketibaan kami, beliau berdua sangat terkejut dengan kebolehan kami memainkan gamelan sehingga berseloroh "kok..udah tau maen ngapain ke sini lagi..?kamu bagus sekali ya.. "suasana pada ketika itu sungguh menceriakan. Kami mengaggap BAPAK JOKO dan BAPAK WALUYO seperti bapa kami kerana keserasian yang terjalin begitu cepat sekali.

Ternyata gamelan Jawa adalah berbeza dengan gamelan Melayu.Instrument nya lebih banyak daripada intrument gamelan Melayu.Antaranya , mereka mempunyai rebab. Muziknya pula lebih berunsur Jawa dan mempunyai maksud mendalam .Selain itu , terdapat juga gender, ketuk / kempyang, saron berbilah 9 , siter, suling dan mempunyai dua laras yaitu laras Slendro dan pelog .



BAPAK WALUYO
BAPAK JOKO

antara aksi kami di kelas 

No comments:

Post a Comment