Friday, October 1, 2010

Citra Nusantara



Universiti Pertahanan Nasional Malaysia



Selamat datang ke blog rasmi Kelab Gamelan Citra Nusantara Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Kelab gamelan UPNM adalah merupakan kelab baru yang telah dirasmikan pada tanggal 6 Ogos 2010 lalu. Penubuhan kelab ini adalah hasil dari cetusan idea Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Wan Mahzom bt Ahmad Shah. Maka lahirlah sebuah kelab gamelan yang dianggotai oleh pelajar-pelajar dari UPNM sendiri. Segala kelengkapan alatan gamelan adalah diimport khas dari negara seberang, Indonesia. Tenaga pengajar yang mendidik pemain-pemain gamelan Citra Nusantara adalah juga merupakan pensyarah tamu dari Indonesia iaitu Pak Dwiono Hermantoro. Beliau merupakan tenaga pengajar yang bertauliah dan mempunyai banyak pengalaman dalam mengajar bermain gamelan. Hasil dari bimbingan Pak Herman,kini Kelab Gamelan Citra Nusantara mampu membentuk imej tersendiri dalam memacu budaya permainan muzik traditional. Walaupun usia kelab ini masih muda namun pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menjadikan kelab Gamelan Citra Nusantara terus hidup dan maju, di samping mengekalkan budaya muzik serantau dari pupus ditelan zaman. 



No comments:

Post a Comment